Tuesday 6 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BM KSSR


Tema     : Keluarga                            Tajuk: Keluarga Saya
Masa : 8.00 – 8.30 pagi                   Kelas : 1 Arif
Fokus Utama:   
Standard Kandungan
1.2  Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa iaitu
       abjab, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
               Standard Pembelajaran
1.2.4      Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
               yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
               digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus sampingan:
Standard Kandungan
2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
                       daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
                                Standard Pembelajaran
             2.2.1Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
                     daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul
 
Objektif               : Pada akhir pengajaran dan pembelajaran murid dapat:
1)      Mendengar, menyebut dan mengeja perkataan berkaitan
 keluarga yang mengandungi suku kata terbuka dan tertutup dnegan betul dan tepat.
2)      Membaca perkataan berkaitan keluarga yang mengandungi dua atau tiga suka terbuka dan tertutup dalam ayat dengan sebutan yang betul.

Pengisian kurikulum:     1) Ilmu :  Pendidikan Moral
                                                                                 2) Nilai : Kasih sayang
                                                                                3) KBT : Kemahiran berfikir
Sistem Bahasa         : Tatabahasa /Kata nama am
                Media                     : Lembaran kerja, kad gambar, carta lirik lagu, kad perkataan
Aktiviti
Pengisian Kurikulum
Catatan
Set induksi
Guru mempamerkan lirik lagu ’Saya sayang semua’
1)      Murid mendengar  dengan teliti.
2)      Guru meminta murid menyebut perkataan yang berkaitan dengan kelurga.
3)      Murid menyanyi semula.


Nilai: Kasih sayang, berani

KBT : Kemahiran mendengar


Lirik lagu

Perasaan: syukur. Sayang, gembira
Langkah 1
1)      Guru mempamerkan kad suku kata dan meminta murid mengeja dan menyebut suku kata tersebut.
2)       Murid diminta memadankan suku kata tersebut menjadi perkataan bermakna dan memadankannya dengan kad perkataan yang disediakan.
3)      Guru meminta murid menampal, menyebut dan mengeja perkataan berdasarkan gambar.


Nilai : kerjasama, bertanggungjawab, kasih sayang



Kad suku kata

Kad perkataan
Langkah 2
1)      Guru mempamerkan gambar yang berkaitan dengan ahli keluarga seperti ibu, bapa, kakak,
2)      Guru membimbing murid mengeja dan membaca.
3)      Guru meminta murid membaca secara individu perkataan tersebut.


Teknik : Main peranan
Nilai: berani, kerjasama
Teknik soal jawab
KBT: Konstruktivisme



Suku kata perkataan dan gambar

Langkah 3
Guru meminta murid menandakan perkataan yang didengar pada lembaran kerja.
1)      Guru meminta murid menyebut perkataan berkaitan keluarga berdasarkan gambar.



Nilai: berdikari



Lembaran kerja
Penutup
Murid mengeja perkataan berdasarkan gambar.

Nilai : berani

1 comment:

  1. terima kasih blh dijadikan sbg bahan..terima kasih sekali lagi atas perkongsian ini

    ReplyDelete