Thursday 8 December 2011

ASPEK SENI BAHASA DALAM BM KSSR

Untuk memartabatkan Bahasa Malaysia.. Kaedah pengajaran dan pembelajaran dipelbagaikan..
Salah satunya ialah menggunakan nyanyian secara didik hibur dalam subjek Bahasa Malaysia.... Kita boleh gunakan pelbagai lagu yang sesuai dengan silibus BM KSSR... Antaranya lagu ini....

Tuesday 6 December 2011

RANCANGAN PELAJARAN HARIAN BM KSSR


Tema     : Keluarga                            Tajuk: Keluarga Saya
Masa : 8.00 – 8.30 pagi                   Kelas : 1 Arif
Fokus Utama:   
Standard Kandungan
1.2  Mendengar, mengecam, dan menyebut bunyi bahasa iaitu
       abjab, suku kata, perkataan, frasa dan ayat dengan betul.
               Standard Pembelajaran
1.2.4      Mendengar, memahami, menyebut dan mengeja perkataan
               yang mengandungi dua atau tiga suku kata, diftong, vokal berganding,
               digraf, konsonan bergabung dengan sebutan yang betul.
Fokus sampingan:
Standard Kandungan
2.2. Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
                       daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul.
                                Standard Pembelajaran
             2.2.1Membaca dan memahami perkataan, frasa dan ayat
                     daripada pelbagai sumber dengan sebutan yang betul

Monday 3 October 2011

CONTOH-CONTOH BAHAN BACAAN BAHASA MALAYSIA TAHUN 1

bacaan bergred 22-04

Thursday 29 September 2011

LATIHAN BACAAN


Ladang Pak Alang.    
                                                                
Pak Alang pergi ke ladang.                            
Ladang Pak Alang tepi padang.
Pak Alang bawa parang panjang.
Di ladang Pak Alang ada belalang dan kumbang.
Pak Alang tanam kacang panjang, pokok pisang, pokok bacang, dan pokok pinang.
Atas pokok pinang ada sarang burung helang.
Pak Alang juga bela kambing dan musang.
Kambing dan musang Pak Alang tinggal dalam satu kandang.

Soalan
1.    Pak Alang pergi ke mana?
Pak Alang pergi ke ladang.

2.    Pak Alang bawa apa?
Pak Alang bawa parang panjang.

3.    Atas pokok pinang ada apa?
Atas pokok pinang ada sarang burung helang.

PERKATAAN KV + KVK


Perkataan KV+KVK dan KVK+KV Melibatkan Akhiran 'n' 

ABM untuk mengajar perkataan yang melibatkan akhiran 'n' - susulan dari kad suku kata  KVK akhiran 'n' :